8 Cara Memerahkan Bibir Yang Hitam Dalam Waktu Seminggu

Bibir yang sihat dan menawan yang mana kelihatan sedikit kemerah-merahan dan lembap tampak menarik pada wanita dan lelaki. Ini kerana, selain daripada mata, bibir adalah fokus utama pada wajah kita dan diiringi dengan senyuman yang manis serta bibir yang sihat dan lembap, pasti anda akan berasa lebih yakin dan juga dapat menyenangkan hati penerima senyuman tersebut.

Namun, bibir yang sihat tidak dapat diperoleh sekiranya anda tidak menjaga bibir anda dengan baik. Bagi mengelakkan bibir anda daripada berubah warna menjadi gelap atau pun hitam, rutin-rutin penjagaan bibir mestilah dimulakan yang mana penulis akan kongsikan sebentar lagi tentang cara memerahkan bibir yang hitam dalam waktu seminggu.

Walau bagai manapun, penulis tak dapat menafikan bahawa ada sesetengah orang yang bertuah kerana bibir mereka kekal tampak sihat dan kemerah-merahan tanpa menjaga kesihatan, persekitaran dan rutin. Kepada individu-individu yang kurang bertuah, penulis ingin ingatkan bahawa setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Yang penting sekali, anda mempunyai kehendak untuk memperbaiki kelemahan pada diri sendiri!

Baiklah, dalam artikel ini penulis akan berkongsi tentang cara memerahkan bibir yang hitam dalam waktu seminggu. Rawatan bibir hitam ini ada banyak cara, jadi sekiranya anda ingin tahu cara hilangkan bibir hitam yang lain, sila rujuk ke artikel ini.

Untuk anda yang mencari cara memerahkan bibir yang hitam dalam waktu seminggu, anda datang ke tempat yang betul! Tanpa berlengah lagi, mari kita lihat terlebih dahulu secara ringkas macam mana bibir hitam ini boleh terjadi.

Bagaimanakah bibir berubah menjadi gelap atau hitam?

Warna-warna bibir manusia terdiri daripada banyak variasi, sekiranya anda seorang yang berkulit cerah, maka bibir anda juga akan mengikut cerah dan begitu juga sebaliknya.

Namun, apa yang menjadikan bibir berubah menjadi gelap ini bermasalah apabila warna bibir asal kita mengeluarkan terlebih melanin iaitu warna dalam kulit kita. Dalam kebanyakan hal, perubahan warna pada bibir ini adalah disebabkan oleh terdedahnya kulit bibir kita pada pancaran matahari secara berlebihan.

Perubahan warna bibir menjadi hitam ini selalunya tidak mengancam nyawa, cuma boleh memberi kesan terhadap keyakinan pada diri sendiri, kecuali perubahan ini adalah disebabkan oleh masalah kesihatan seperti barah, anemia, dan sebagainya. (Sissons, 2019)

9 Cara Memerahkan Bibir

Senarai-senarai di bawah terdiri daripada bahan-bahan semulajadi untuk memerahkan bibir yang dijamin berkesan. Sekiranya anda tidak mempunyai banyak waktu terluang untuk membancuh ataupun mengaplikasikan bahan-bahan semula jadi ini, anda boleh membaca artikel lain tentang produk hilangkan bibir hitam di watsons.

1. Badam

Buah badam ialah bahan semula jadi yang mampu memerah bibir anda. Diperkaya dengan anti oksida dan vitamin E, buah badam mampu mencerahkan bibir anda yang gelap dengan memperbaiki sel-sel yang telah dirosakkan oleh radikal bebas dan membuang kulit mati.

Cara penggunaan badam untuk bibir;

Anda boleh melakukan cara ini 2-3 kali dalam seminggu. (Rahmawati, 2020)

2. Kunyit

Kunyit mempunyai agen peluntur semula jadi yang biasa digunakan sebagai salah satu bahan dalam pupur muka untuk pencerahan kulit. Selain itu, kunyit juga boleh memerahkan dan mencerahkan bibir yang hitam dengan campuran susu untuk melembutkan bibir sekali gus.

Cara penggunaan kunyit untuk bibir;

Anda boleh menggunakan cara ini selang satu hari sehingga nampak hasilnya. (Ayurveda, n.d.)

3. Minyak Zaitun

Minyak zaitun diperkaya dengan vitamin E dan K yang mana sangat popular penggunaannya dalam dunia kecantikan dan kesihatan. Vitamin-vitamin ini berfungsi untuk melembapkan serta mencerahkan dan memberi khasiat kepada kulit bibir anda.

Cara penggunaannya adalah sangat mudah. Anda hanya perlu membuat sapuan pada bibir setiap hari, pagi dan malam sebelum tidur. Selain itu, minyak zaitun boleh dicampur kan dengan gula sebagai cara buat scrub bibir.

Baca artikel ini untuk ketahui lebih lanjut tentang cara buat scrub bibir.

4. Buah Lemon

Lemon terkenal dengan sifat peluntur semula jadinya serta agen pengelupasan. Jadi, ini bermakna lemon adalah bagus untuk membuang sel-sel kulit mati pada bibir dan dapat mencerahkan bibir yang hitam sekali gus. Bagi sesetengah individu, lemon mungkin terlalu kuat untuk bibir mereka, jadi penulis dah sediakan cara yang selamat untuk semua orang iaitu mencampurkannya dengan minyak badam.

Campuran kedua-dua bahan ini dapat memerahkan serta mencerahkan bibir.

Cara penggunaannya pada bibir;

Anda boleh ulang 2-3 kali sehari dan sebaik-baiknya dilakukan sebelum tidur kerana waktu tidurlah kulit anda akan melakukan proses pembaharuan kulit. (Rahmawati, 2020)

5. Air Mawar

Air mawar mempunyai sifat-sifat membaik pulih dan mampu melembap serta mencerahkan kulit yang gelap. Kualiti-kualiti baik air mawar ini juga berfungsi ke atas bibir anda yang kusam dan gelap.

Cara penggunaannya pada bibir amatlah senang. Anda hanya perlu mencampurkan 2 titis air mawar bersama 6 titis madu asli dan campurannya ini boleh digunakan sebagai pengganti pelembap bibir. Anda boleh mengamalkannya pada setiap hari.

6. Ubi Bit Merah

Ubi bit merah atau lebih dikenali sebagai beetroot ini terkenal dengan pigment merahnya. Bentukknya seperti ubi kentang yang biasa kita lihat dan rasanya manis. Daripada dahulu sehingga sekarang, ramai orang yang masih menggunakan isi beetroot ini untuk warna merahnya dalam masakan dan solekan mereka. Jadi, tidak hairanlah yang ubi bit merah ini mampu memerahkan bibir anda yang gelap itu.

Cara penggunaannya pada bibir;

Anda akan nampak hasilnya dengan pantas dan selepas satu minggu bibir anda akan secara semula jadinya tampak kemerah-merahan dan cantik. (AINA, 2018) Untuk pengetahuan anda, penggunaan ubi bit merah ini sahaja juga adalah cara memerahkan bibir dalam sehari kerana pigmennya sangat pekat!

7. Kelopak Mawar


(gambar diperoleh dari specialtyproduce )

Selain cantik dipandang dan airnya yang berkhasiat, kelopak mawar juga mampu memerahkan serta mencerahkan bibir! Kelopak mawar juga dipercayai mempunyai minyak dan gula semula jadi yang boleh menjaga kecantikan bibir. Kelopak-kelopak mawar ini akan digunakan bersama susu sekali lagi oleh kerana susu mampu memberikan kelembapan pada bibir.

Cara penggunaannya pada bibir;

8. Strawberi


(gambar diperoleh dari rasa )

Strawberi dan beri-beri lain memang terkenal dalam dunia kesihatan dan pemakanan sihat kerana kebaikan-kebaikan komponen yang terkandung dalam buah-buahan ini. Selain itu, mineral dan vitamin yang penting untuk mengekalkan kesihatan dan keserian bibir anda turut terkandung dalam strawberi.

Cara penggunaannya pada bibir;

References